Tuesday, September 7, 2010

ELAKAN DISAPU

Assalamualaikum... eceh semua dalam mood raya gitu... Ya lar tinggal beberapa hari jek nak sambut raya kan.... Masing-masing sibuk dengan persiapan raya lar katakan hahaha....

Tak kira lar yang ada kat kampung atau kat bandar masing-masing ada cara tersendiri untuk merayakan syawal yang akan menjelang tiba... Selalunya warga kota kebanyakanya akan pulang ke kampung masa perayaan ni... Tak lupa juga yang berada di perantauan akan berbuat demikian, termasuk lar aku ni hehehe...

Hmmm bak kata orang kelalaian membawa padah... Haa memang tepat, dalam kegairahan nak beraya ni janganlah kita lupa bab-bab keselamatan umah... Bak kata orang kalau kita lalai kesempatan ini di ambil oleh manusia yang berhati nurani suci murni dan bersih untuk tolong mengemas umah kita.... Huhuhu sampai licin diaorang kemas...



Bagi mengelakkan keadaan ni tak berlaku, jom kita tengok beberapa langkah bagi mengatasi masalah pecah umah masa musim perayaan...

PERTAMA - Pastikan selipar yang murah-murah diletakan di luar rumah sama ada tersusun atau berselerak... Ini akan meninggalkan persepsi bahawa masih ada orang di dalam rumah...

KEDUA - Nyalakan lampu di dalam rumah bagi memudahkan pengesanan pergerakan yang mecurigakan...

KETIGA - Pastikan kunci pendua bagi umah korang tidak ditinggalkan di sekitar rumah seperti di bawah pasu bunga, alas kaki dan di tempat sebagainya...

KEEMPAT - Maklumkan kepada jiran terdekat, terbaik dan dipercayai mengenai ketiadaan korang dirumah...

KELIMA - Haa ni penting, laporkan mengenai ketiadaan korang di rumah kepada pihak berkuasa... Ini membolehkan pihak berkuasa melakukan rondaan di kawasan kediaman...

KEENAM - Hentikan dahulu penghantaran susu segar, surat khabar atau apa-apa perkara ke rumah... Jika benda itu tersadai di luar rumah maka ia akan memberi implikasi kepada orang lain bahawa korang tiada di rumah...

KETUJUH - BERDOA DAN BERSERAH lah kapada yang Maha Esa selepas semua usaha dilakukan... Haaaa yang paling penting jangan pakai pendinding atau apa pun untuk memagar kawasan rumah anda... Ya lar tu kan syirik...:P

ok la, SELAMAT MENCUBA^ ^

No comments:

Post a Comment