Friday, August 13, 2010

Program Belia Unggul Bersih Dadah


Program ini telah menggamit sebuah memori dan meninggalkan sebuah kenangan yang tidak saya dan rakan-rakan lain lupakan dimana program ini telah dijalankan pada 11-12 Mac 2010 di SMK Benut, Pontian Johor. Pelbagai dugaan dan cabaran yang kami perlu tempuhi sepanjang program ini berlansung. Antara pemasalahan yang dihadapi ialah masalah pengangkutan, masalah makanan, dan masalah perhubungan. Alhamdulilah..... masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. Disini, walaupun banyak dugaan yang dihadapi namun kami dapat jalankan program kami dengan jayanya.



Pemasangan Banner di Sekolah dan Aktiviti Gotong Royong bagi Menyediakan Masakan Untuk Pelajar


Ice Breaking dan Pelaksanaan Modul bagi Program Belia Unggul Bersih Dadah

Thursday, August 12, 2010

Rebutlah Lima Masa Sebelum Tiba Lima Masa


Dalam hidup ini, kita kenalah sentiasa beringat-ingat dan berpesan-pesan agar kita tidak menyesal suatu hari nanti. begitu juga kita perlulah sentiasa tidak muda berputus asa terhadap dugaan dan rintangan yang diberi olehnya kerana setiap dugaan yang diberikan oleh-Nya ada hikmahnya kepada diri kita.
  • Muda sebelum Tua
  • Sihat sebelum sakit
  • Kaya sebelum fakir
  • Lapang sebelum sempit
  • Hidup sebelum Mati

seperti mana yang telah diriwayatkan dalam surah Al-Asr:1-3 iaitu yang bermaksud:
"Demi masa! sesungguhnya semua manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman. yang mengerjakan amal-amal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Sunday, August 8, 2010

Pantang menyerah sebelum ajal.


"Dari Anas bin Malik r.a, nabi s.a.w bersabda: "Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau beriktiar) maka hendaklah ia berdoa: "Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku" (Bukhari)"

Huraiannya

Sebagaimana maklum islam menyuruh umatnya agar berusaha dan berikhtiar dalam apa jua perkara dan kesulitan yang dialami di samping berdoa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah S.W.T. Hal ini kerana kehidupan itu adalah satu ujian daripada Allah yang diberikan kepada setiap manusia demi menguji sejauh manakah keteguhan iman seseorang itu dan setakat manakah pergantungannya terhadap Allah. Orang-orang yang beriman akan sentiasa bersabar dan tabah dalam dugaan ini dan sebaliknya bagi orang yang kurang imannya dimana hal yang demikian boleh memungkinkan seseorang itu menyalahkan takdir Allah hingga diri tersesat jauh dari jalan-Nya. Oleh itu hendaklah kita sentiasa beringat bahawa setiap kesakitan yang dialami itu adalah suatu tanda kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya dimana jika seseorang itu berjaya mengatasinya iaitu ia tidak mengeluh dan sentiasa bersabar sambil berusaha dan berikhtiar, Allah akan memberikan ganjaran pahala yang amat besar. Bukankah setiap penyakit itu ada ubatnya, maka kita selaku hambanya mesti yakin akan kebesaran kuasa Allah dan janji Allah serta tidak berputus asa. Hidup adalah suatu perjuangan. bak kata pahlawan melayu "pantang menyerah sebelum ajal".