Tuesday, September 7, 2010

ELAKAN DISAPU

Assalamualaikum... eceh semua dalam mood raya gitu... Ya lar tinggal beberapa hari jek nak sambut raya kan.... Masing-masing sibuk dengan persiapan raya lar katakan hahaha....

Tak kira lar yang ada kat kampung atau kat bandar masing-masing ada cara tersendiri untuk merayakan syawal yang akan menjelang tiba... Selalunya warga kota kebanyakanya akan pulang ke kampung masa perayaan ni... Tak lupa juga yang berada di perantauan akan berbuat demikian, termasuk lar aku ni hehehe...

Hmmm bak kata orang kelalaian membawa padah... Haa memang tepat, dalam kegairahan nak beraya ni janganlah kita lupa bab-bab keselamatan umah... Bak kata orang kalau kita lalai kesempatan ini di ambil oleh manusia yang berhati nurani suci murni dan bersih untuk tolong mengemas umah kita.... Huhuhu sampai licin diaorang kemas...



Bagi mengelakkan keadaan ni tak berlaku, jom kita tengok beberapa langkah bagi mengatasi masalah pecah umah masa musim perayaan...

PERTAMA - Pastikan selipar yang murah-murah diletakan di luar rumah sama ada tersusun atau berselerak... Ini akan meninggalkan persepsi bahawa masih ada orang di dalam rumah...

KEDUA - Nyalakan lampu di dalam rumah bagi memudahkan pengesanan pergerakan yang mecurigakan...

KETIGA - Pastikan kunci pendua bagi umah korang tidak ditinggalkan di sekitar rumah seperti di bawah pasu bunga, alas kaki dan di tempat sebagainya...

KEEMPAT - Maklumkan kepada jiran terdekat, terbaik dan dipercayai mengenai ketiadaan korang dirumah...

KELIMA - Haa ni penting, laporkan mengenai ketiadaan korang di rumah kepada pihak berkuasa... Ini membolehkan pihak berkuasa melakukan rondaan di kawasan kediaman...

KEENAM - Hentikan dahulu penghantaran susu segar, surat khabar atau apa-apa perkara ke rumah... Jika benda itu tersadai di luar rumah maka ia akan memberi implikasi kepada orang lain bahawa korang tiada di rumah...

KETUJUH - BERDOA DAN BERSERAH lah kapada yang Maha Esa selepas semua usaha dilakukan... Haaaa yang paling penting jangan pakai pendinding atau apa pun untuk memagar kawasan rumah anda... Ya lar tu kan syirik...:P

ok la, SELAMAT MENCUBA^ ^

Sunday, September 5, 2010

I N I K A H yang T E R A K H I R...

Setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini... biasa bukan kita dengar akan selafaz ayat ini... bagi mereka yang telah berusia, bagi mereka yang awal remaja, bagi mereka yang bergelar datuk atau nenek, bagi mereka yang masih kanak-kanak, bagi mereka semua terutamanya yang berada di Malaysia pasti tidak asing lagi akan sopotong lagu raya dendangan Pn. Seri Saloma...

Hari berganti hari Ramadhan berlalu pergi... di silih ganti dengan syawal yang dinanti... bagi mereka yang sedar akan kenikmatan Ramadhan pasti akan merindui keindahannya... bak kata Pn. Seri Saloma setahun hanya sekali... dan kita hanya akan berjumpanya kembali setelah setahun usia meningkat...

Namun akankah kita berjumpa kembali dibulan antara peperangan akal dan nafsu ini... sekian usia dilalui, terdetik akankah aku dilipahkan rezeki olehNya untuk menemui bulan tersebut sekali lagi... mudah2an ya...

Melihat mereka yang berusaha bersungguh-sungguh dengan tidak membiarkan Ramadhan berlalu begitu saja melainkan mendapat keampunan, gandaan pahala dan yang paling utama mendapat takwa.

Dan melihat mereka pula yang tidak kisah dengan pelbagai tawaran Allah pada bulan berkat ini, datang atau berlalunya Ramadhan...

Membuatkan aku terus berfikir...

Andai ini Ramadhan yang terakhir! Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, tentu siangnya engkau sibuk berzikir, tentu engkau tidak akan jemu melagukan syair rindu mendayu, merayu...kepada-Nya, Tuhan yang satu...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu solatmu kau kerjakan pada awal waktu...

Andai ini Ramadhan yang terakhir! Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, tentu malammu engkau sibukkan dengan amalan sunat...


Andai ini Ramadhan yang terakhir! Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tidak akan melupakan mereka yang tersayang...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir, mempersiap diri, rohani dan jasmani, menanti-nanti jemputan Izrail, di kiri dan kanan, lorong-lorong reda ar-Rahman...

Andai ini Ramadhan yang terakhir! Duhai Ilahi...andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah ia Ramadhan paling bererti, paling berseri, menerangi kegelapan hati kami, menyeru ke jalan menuju reda serta kasih sayang-Mu, semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti...

Namun sayangnya...tiada siapa pun mengetahui INIKAH YANG TERAKHIR Ramadhan yang akan dilalui oleh dirinya... Andainya diri mengetahui akan hal tersebut pastinya hamba ini berusaha... bersedia dan meminta belas olehNya...

Friday, September 3, 2010

PenGalaMan yaNg MenDatAngkan SeceBis unGkaPan yaNg tidAk daPat diUcapKan deNgan Kata-kaTa.


Peristiwa ini berlaku pada 30, 31 julai dan 1 ogos 2010, dimana kami telah menjalankan sebuah program yang di kenal sebagai (KEMUDA). Banyak pengalaman pahit dan pengalaman manis yang saya tidak dapat lupakan dalam program ini. Rasa-rasanya banyak2 program yang dijalankan, inilah merupakan program yang saya tidak dapat lupakan kerana kawan saya yang paling rapat dengan saya pada masa itu telah kemalangan. Rasa sangat sedih namun program must go on....... alhamdullillah, program tersebut dapat dijalankan dengan baik. Seronok sangat tengok perangai budak-budak kat sekolah ini. Semuanya, saya rasa mempunyai personaliti ektrovert sahaja... tidak malu untuk menonjolkan diri masing-masing.



Photoshut pelajar bersama dengan fesilitator

Ice Breaking - cari saiz kaki yang sama

Senaman aerobik bersama dengan dila dan saya

wah!.... nak tangkap apa tu?.

Posing jap after sukanneka

Kemanalah agaknya ketua aku nak bwa aku ni...

Majlis penutup.....